Sukan Hari Ini

City tetap waspada

city

MANCHESTER City enggan menganggap pertemuan menentang Swansea City malam ini sebagai perlawanan mudah.

Pada pusingan pertama di Etihad bulan lalu, City mengalahkan The Swans 3-1.

Bagaimanapun pengurus The Citizens, Manuel Pellegrini mengingatkan pemainnya agar melupakan kemenangan tersebut dan fokus untuk mencatat keputusan positif di Stadium Liberty.

Menurutnya, tuan rumah umpama angsa yang terluka dan bersedia membalas dendam.

“Swansea pasukan yang bagus bila bermain di laman sendiri. Jika kami mahu membawa pulang tiga mata, kami perlu kuat di semua bahagian.

“Bagi saya, semua pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh memberikan kami masalah, jika lalai padah jawabnya,” ujar Pellegrini.

City kini menduduki tangga kedua ketinggalan satu mata dengan pendahulu liga, Arsenal yang mengumpul 42 mata.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");