Isu Panas

Desakan diteruskan hingga Ahad

desakan

KLANG – Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang akan menghantar notis bantahan kepada Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew, Ahad ini di sebuah gereja di Klang.

Pengerusi bersama pertubuhan bukan kerajaan itu, Norman Toha berkata, bantahan sama turut akan diadakan di Gombak sebelum diikuti di daerah-daerah lain.

Menurutnya, ia sebagai peringatan awal terhadap tuntutan maaf yang dibuat oleh pelbagai pihak yang akan tamat pada Ahad ini.

Menurutnya, beliau tidak menolak sekiranya gesaan itu tidak diendahkan, maka kebangkitan umat Islam akan bermula berlandaskan undang-undang penguatkuasaan.

“Setakat ini kita dimaklumkan gesaan tarik balik kenyataan sudah dimaklumkan.

“Sebab itu gerakan seterusnya apabila Klang menghantar notis bantahan, saya yakin percaya gerakan-gerakan masyarakat di seluruh Selangor akan bermula ketika itu,” katanya pada sidang media di Meru di sini, semalam.

Sekretariat tersebut turut disertai oleh Umno Bahagian Kapar, Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Klang, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP), Kelab Sukan Komuniti Meru, Persatuan Anak Polis Kebangsaan, Gerakan Belia 4B Meru dan Perapi.

Norman turut mengajak semua umat Islam di daerah tersebut tanpa mengira latar belakang menyertai bantahan yang diadakan Ahad nanti.

Menurutnya, pihaknya juga akan menjemput bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman yang juga merupakan Adun Meru.

Pengerusi bersama, Mohd Khairi Hussain berkata, pihaknya mendesak paderi tersebut menarik balik kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Mohd Khairi berkata, umat Islam membantah keras penggunaan kalimah ALLAH yang mahu digunakan di gereja.

“Kita desak (Lawrence) tarik balik kenyataannya dan pastikan tidak berlaku penggunaan kalimah ALLAH di mana-mana gereja.

“Tidak kira sama ada dalam bentuk tulisan atau pun di rumah ibadat dan sekretariat kemukakan bantahan ini kepada paderi secara peribadi,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");