Berita Hari Ini

Detik Gembira 4 Beradik

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.Xkgk_oLhWN

Stockholm: “Saya gembira ketika ini, tidak banyak yang boleh saya kata. Terlalu gembira jumpa sepupu, mak cik dan semua orang.

“Keluarga angkat juga baik dan kami harap dapat kehidupan baru selepas ini,” kata Aisyah, 14, anak sulung kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal sebaik dipertemukan dengan keluarga angkat Islam dari Malaysia menerusi kedutaan.

Dalam pertemuan penuh air mata kegembiraan itu, mereka saling berpelukan terutama apabila berjumpa sanak-saudara dari Malaysia.

Jam 4 petang semalam, Kedutaan Malaysia yang sebelum ini tenang dipenuhi dengan tangisan mereka yang seolah-olah diberi kejutan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang menguruskan pertemuan itu bersama Pemuda UMNO dan Sukaguam.
Hadir sama dalam pertemuan bersejarah itu ialah Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman dan wakil Jabatan Khidmat Sosial negara itu.
Selain Aisyah, tiga adiknya yang lain iaitu Adam, Ammar dan Ariff berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Hamzah, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous dan Pengerusi Sukaguam Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Sebelum itu, mereka dibawa oleh pihak sekolah ke pejabat kedutaan petang semalam untuk dipertemukan dengan keluarga angkat baru serta saudara-mara dari Malaysia.

Penyerahan kepada keluarga baru itu memberi kelegaan yang bukan sedikit kepada saudara-mara empat beradik itu di Malaysia yang sebelum ini bimbang nasib mereka yang dijaga sementara oleh keluarga angkat bukan Islam sejak ibu bapa mereka ditahan, 18 Disember lalu.

Penahanan Azizul Raheem dan Shalwati untuk siasatan atas tuduhan memukul anak mencetuskan reaksi kurang senang banyak pihak di Malaysia dan mendorong Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dan Sukaguam datang ke sini untuk memberi bantuan.

Sementara itu Hamzah berkata, Wisma Putra mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden yang memberi kerjasama baik sepanjang anak-anak itu berada dalam jagaan keluarga angkat.

 

 

 

 

-HARIAN METRO-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Detikgembira4beradik/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");