Jenayah

Dua komputer riba lesap

2 komputer riba lesap

TUMPAT – Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dipecah masuk dengan kesan umpil di pintu utama dalam kejadian awal pagi Rabu.

Kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan, kira-kira jam 7.45 pagi ketika sedang memeriksa  bangunan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua  komputer riba, milik Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat hilang.

“Pintu masuk utama terdapat kesan dicungkil dengan keadaan tiga bilik di dalam bangunan tersebut dalam keadaan terbuka dan berselerak.

“Suspek dipercayai masuk melalui pintu utama yang tidak mempunyai ciri keselamatan iaitu jeriji besi dan kemudiannya meloloskan diri menggunakan pintu belakang,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang buku atau dokumen penting yang hilang.

Katanya, bangunan terbabit juga tidak dilengkapi dengan kemudahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamatan serta hanya dikelilingi bangunan berpagar.

“Jarak antara pondok pengawal dengan pintu pagar utama dianggarkan sejauh 100 meter dan terlindung  oleh pokok kecil serta tiang bangunan.

“Kami turut menemui kesan cap jari pada pintu utama dan dua pemutar skru di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");