Membawang Hari Ini

Fasa bahagia Rozita Che Wan

rozita

KATA orang, perkahwinan mampu mengubah hidup seseorang ke arah kehidupan yang lebih sempurna dan membahagiakan.

Begitulah yang dirasai oleh aktres, Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada 11 Disember lalu.

Baru sahaja pulang dari Singapura selepas bercuti bersama keluarga tercinta termasuk adiknya, Ayu Raudhah, Che Ta berkata, mereka sebelum itu ke beberapa negara Eropah untuk berbulan madu.

“Alhamdulillah kehidupan selepas kahwin, hidup semakin baik dan lebih baik. Semuanya juga baik-baik sahaja sekarang.

“Saya baru sahaja sampai dari Singapura semalam dan akan mula bekerja pada Selasa ini. Saya terlibat dengan penggambaran di bawah Zeel Production untuk telefilem cerekarama di TV3. Masak pun belum sempat untuk Zain,” katanya dengan penuh ceria kepada Zass.

Di usik mengenai soal cahaya mata, Che Ta berkata, dia berharap ada rezeki buatnya dalam masa terdekat ini. Sementelah lagi, dia memang mengharapkan mempunyai cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan lelaki berusia 30 tahun itu.

“Saya ‘speechless’ sikit nak cakap mengenai hal ini. Tapi saya harap adalah rezeki. ‘Soon’,” ujarnya ringkas.

Beralih mengenai soal karier pula, Che Ta berkata, sehingga kini dia masih lagi dilimpahi dengan tawaran lakonan, namun dalam masa yang sama, dia juga mahu mempunyai lebih masa bersama butik tudung yang baharu lagi beroperasi.

Che Ta berkata, biarpun banyak, dia masih tetap memilih naskhah dan produksi yang baik. Manakala Zain pula tidak pernah meletakkan apa-apa syarat terhadap kariernya selepas ini.

“Tawaran masih sama macam dulu, cuma kini saya rasa malas sikit nak keluar bekerja kerana sudah lama bercuti.

“Jika ada tawaran yang menarik, saya tak menolak untuk menerima. Zain juga tidak pernah meletakkan syarat watak apa yang boleh atau tidak. Atau pun dengan siapa yang boleh saya berlakon atau tidak.

“Cuma sekarang, fokus saya lebih kepada butik dan saya mungkin akan ke Bangkok dan Dubai pertengahan bulan ini untuk mencari material bagi koleksi terbaru butik yang akan dilancarkan bulan Mac ini,” jelasnya.

Che Ta berkata, dia tidak mempunyai azam untuk tahun ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, sama ada melibatkan soal rumah tangga dan juga kerjaya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");