Membawang Hari Ini

Fazura terpaksa tolak Nona

fazura 1

Ahad lalu, menerusi akhbar Metro Ahad, tersiar cerita mengatakan pelakon, Nur Fazura Sharifuddin ditawarkan mengacara program bercorak kewanitaan, Nona, bagi musim akan datang.

Pastinya berita yang tersiar itu memberi kejutan kepada banyak pihak, apatah lagi tawaran berkenaan dibuat bagi menggantikan pengacara sedia ada iaitu Neelofa.

Bagaimanapun, sehingga artikel itu disiarkan, Nur Fazura atau lebih akrab disapa Faz belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kesahihan berita berkenaan.

Kelmarin, HIP mendapatkan kenyataan pelakon filem Gol & Gincu itu berhubung perkara terbabit.

Menerusi mesej yang dikirimkan, aktres jelita itu mengaku ada menerima tawaran daripada pihak produksi program popular yang mula menemui penonton negara ini sejak Ogos 1985 itu.

“Memang Faz ada terima tawaran daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz menjadi pengacara Nona. Terus-terang, Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

“Bagaimanapun, Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal,” katanya yang kini masih bercuti di Amerika Syarikat.
Belum rezeki Faz

Bagaimanapun, Fazura tidak menolak untuk mengacarakan program itu pada masa akan datang.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");