Sukan Hari Ini

Gerrard kembali

gerrad

KAPTEN Liverpool mungkin boleh kembali beraksi semula menentang Hull City, malam ini.

Itu kata pengurusnya, Brendan Rodgers sekali gus menggembirakan peminat The Reds selepas pasukan itu jatuh pada tangga kelima Liga Perdana Inggeris gara-gara dua kekalahan berturut-turut sepanjang minggu lalu.

Gerrard yang mendapat kecederaan hamstring pada perlawanan melawan West Ham United awal Disember lalu sebelum ini dilaporkan bakal berehat selama enam minggu.

Namun, proses penyembuhan kapten England menunjukkan petanda positif dan dijangka berada dalam kesebelasan utama Kop malam ini.

“Gerrard sudah bergabung bersama rakan sepasukan menjalani latihan. Kami akan terus pantau perkembangan terkininya dalam tempoh 24 jam.

“Kita juga dapat khabar baik apabila Jordan Henderson pulih daripada kecederaan semasa bertemu Chelsea,” katanya.

Begitu pun, Joe Allen dan Mamadou Sakho dilaporkan gagal untuk sempat pulih bagi pertemuan di Anfield.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");