Membawang Hari Ini

Giliran SM*SH

sm dan sh

KUMPULAN SM*SH yang dianggotai enam anak muda iaitu Rafael, Rangga, Bisma, Dicky Reza dan Ilham, merupakan bakat dari Seberang yang semakin mencipta nama di serantau Asia.

Selain mempunyai seramai 6.7 juta pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook, kumpulan yang terkenal dengan imej K-Pop ini berjaya dinobatkan sebagai ‘Artis Asian Terbaik’ di Anugerah Muzik Mnet Asia (Mama) 2013, di Hong Kong, baru-baru ini.

Malah kehadiran mereka ke negara ini sempena menjayakan Showcase SM*SH dan Stacy di Auditorium Bently Music, Damansara,  bagi tujuan mempromosikan lagu duet mereka, Hello, ternyata mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat di sini.

Mengakui teruja dengan penerimaan itu,  seorang daripada ahli kumpulan ini, Rafael, berkata ini merupakan kali kedua mereka hadir ke Malaysia dan gembira kerana di beri peluang mengadakan showcase bersama penyanyi wanita lincah itu.

“Kami gembira dan berterima kasih kerana di beri peluang membuat persembahan bersama Stacy. Respons yang diterima peminat juga sangat mengejutkan, kami tidak sangka begitu ramai yang menyokong kami dan datang ke  showcase kami,” katanya yang turut melancarkan album kedua mereka iaitu ‘Step Forward’ pada showcase tersebut.

Meluahkan rasa teruja kerana dapat berkolaborasi dengan Stacy, kesemua anak muda dari Indonesia ini tidak menolak untuk meneruskan kerjasama antara mereka.

“Kami cukup kagum kelincahan dan tariannya yang sangat bertenaga. Kami memang bertuah kerana kini dapat beraksi di pentas bersamanya.

“Syukurlah Stacy juga sangat ‘sporting’, kami selesa berkolaborasi dengannya, ia juga peluang untuk kami lebih dikenali di Malaysia.

“Apatah lagi lagu kami dan Stacy berjudul ‘Hello’ juga sudah menduduki carta-carta radio dan menjadi siulan ramai. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Stacy lagi,” katanya.

SM*SH yang sebelum ini menerima kritikan negatif peminat muzik di negara kelahirannya sendiri, akhirnya lega apabila semakin diterima. Walaupun pada awalnya dikritik kerana dikatakan meniru imej K-Pop, namun mereka berjaya membuktikan kemampuan tanpa berbekalkan rupa dan imej semata-mata.

Dalam perkembangan lain, SM*SH bakal melancarkan ‘Step Forward’ di Indonesia awal Januari dan bakal muncul dengan sebuah filem.

Bagaimanapun buat masa ini mereka merahsiakan dulu konsep filem tersebut kerana mempunyai kejutan buat peminat.

Menyentuh mengenai album kedua mereka, Step Foward, album tersebut memuatkan 11 lagu serta 4 lagu bonus termasuklah single kolaborasi mereka bersama juara AF6, Stacy, yang berjudul Hello. Impresif, lagu tersebut kini menjadi siulan ramai yang menduduki tangga teratas carta muzik radio tempatan juga di Indonesia.

SM*SH turut memasang impian berkolaborasi dengan beberapa artis tempatan lain, termasuklah penyanyi hip hop terkenal negara, Joe Flizzow.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");