Membawang Hari Ini

Hadiah untuk isteri

lisa yusry

Selamat menyambut kedatangan 2014, semoga hidup kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Begitu juga industri hiburan diharap lebih bersinar selepas suram pada 2013, terutama filem dengan kutipan kurang memberangsangkan.

Hari pertama 2014, saya menerima berita mengejutkan mengenai pelakon jelita, Lisa Surihani kini bergelar penyanyi.

Nampaknya suri Yusry Abdul Halim ini maju setapak lagi tahun ini apabila peminat dapat menilai bakatnya dalam seni suara pula.

Selama ini Lisa yang memiliki ijazah Undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales membuktikan bakat dalam lakonan hingga diiktiraf Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) pada 2010 melalui filem Lagenda Budak Setan.

Lakonan awalnya melalui I’m Not Single berjaya memberikan gelaran Pelakon Harapan di FFM21 pada 2008.

Kini apabila melangkah ke studio rakaman untuk lagu Kekasih Abadi duet dengan Yusry, bagaimana pula agaknya reaksi peminat.

Mampukah Lisa menyanyi? Lagu duet pasangan romantis ini akan dimuat-naik secara rasmi di rangkaian YouTube KRU Music pada 8 Januari ini.

Bermakna tiga hari lagi Lisa akan menerima reaksi hebat daripada peminat mengenai suaranya.

Lagu ini juga dijangka berada di pasaran melalui i-Tunes dan nada dering melalui syarikat telekomunikasi tempatan.

Apa pun reaksi peminat nanti, yang pasti trio KRU, Norman, Yusry dan Edry melalui KRU Studios dan KRU Music sentiasa maju ke depan dengan idea kreatif mereka, baik dalam industri filem mahu pun muzik.

Dalam muzik, bakat mereka diakui sejak usia belasan lagi dan terus hebat selepas masing-masing kini mempunyai keluarga sendiri.

Seni mempertemukan Lisa dan Yusry sebagai kekasih.

Bermula dengan perkenalan pada 2011 hingga melahirkan bibit cinta antara mereka, seterusnya termeterai perjanjian kekasih abadi sebagai pasangan suami isteri pada 23 Februari 2012.

Mereka menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan di mana Lisa dalam lakonan, model dan pengacara, manakala Yusry sebagai komposer, penyanyi, pelakon dan pengarah.

Tentunya Kekasih Abadi menjadi ‘hadiah’ Yusry buat isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada 23 Februari ini.

Tahun lalu, Yusry memberi kejutan buat isterinya dengan menghasilkan lagu Selamat Hari Kita sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Kekasih Abadi adalah ciptaan Edry khusus buat Yusry dan Lisa dengan menterjemahkan rasa syukur pasangan ini dipertemukan hingga ikrar cinta sejati mereka diabadikan menerusi lagu ini.

Tidak cukup dengan itu, lagu ini juga digunakan sebagai lagu tema program travelog Paspot Cinta Yusry Lisa, siri 13 episod yang bakal menemui peminat di televisyen pada Mac 2014 di RTM 2.

Program diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa, menampilkan pasangan suami isteri ini mengembara ke seluruh negeri di Malaysia.

Penonton bukan saja dapat melihat keindahan lokasi menarik dalam negara, malah berpeluang melihat perbezaan karakter Yusry dan Lisa dalam merancang percutian.

Walaupun cinta mereka belum membuahkan zuriat, nyata rezeki mereka lebih kepada bakat seni dan menggunakannya untuk terus berkarya.

Semoga Yusry dan Lisa terus berdoa dikurniakan cahaya mata pengikat kasih mereka berdua.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");