Berita Hari Ini

Harga Barang Menerusi Aplikasi Telefon Pintar

Harga Barang Menerusi Aplikasi Telefon Pintar

Kuala Lumpur: Kerajaan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan aplikasi telefon pintar sebagai medium makluman awam berkenaan harga barangan yang ditawarkan kepada pengguna.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, arahan yang baru dikeluarkan semalam itu akan membantu pengguna memilih perkhidmatan dan barangan yang dijual hanya pada harga berpatutan.

Katanya, melalui aplikasi terbabit orang ramai mampu menerima maklumat yang melabelkan sama ada harga ditawarkan mahal atau rendah.

“Kita dapati masih ada peniaga yang mengenakan harga melampau ke atas pengguna.

Ada yang menyebabkan caj tidak masuk akal bagi minuman dan makanan di sesetengah restoran.

“Justeru, baru semalam (kelmarin) saya keluarkan arahan mewujudkan medium perantara ini kepada DBKL supaya mereka laksanakan langkah ini seperti dilaksanakan di Taiwan.

Pengguna sendiri boleh berkongsi sesama mereka lokasi restoran yang mengenakan harga mahal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Seminar anjuran Kementerian Kewangan ini turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dan lebih 500 orang peniaga.

Tengku Adnan berkata, pelekat bagi melabelkan sama satu-satu premis ‘mahal’ atau ‘berpatutan’ akan dijadikan modus operandi selain memuat turun senarai menerusi aplikasi ini kelak.

 

 

 

-HARIAN METRO-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargabarangmenerusiaplikasitelefonpintar/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");