Sukan Hari Ini

Henderson: Benteng perlu kukuh

redsPEMAIN tengah The Reds, Jordan Henderson melihat keputusan seri 2-2 dicapai dalam aksi menentang Aston Villa di laman sendiri pagi Ahad lalu, bukan berpunca dari kesilapan penjaga gol semata-mata tetapi benteng pertahanan.

Jelasnya, rakan sepasukan khususnya di benteng perlu berkomunikasi bijak dan sentiasa memastikan tidak ditembusi pemain lawan.

“Kami miliki pertahanan mantap namun sedikit kelalaian nyata membawa padah buat pasukan, ini bukan silap penjaga gol semata-mata, tetapi kesilapan kami semua yang beraksi agak longgar pada separuh masa pertama.

“Bila kami mengubah corak permainan pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya mengimbangi perlawanan dan menjaringkan gol penyamaan, tiga mata sasaran kami namun satu mata adil bagi kedua-dua pasukan,” katanya.

Henderson yang merupakan pemain kebangsaan England turut memuji corak permainan Aston Villa yang menguasai 20 hingga 30 minit separuh masa pertama.

“Mereka bijak dan tenang dalam tempoh tersebut hingga berjaya menjaringkan dua gol.

“Kami cuba mengimbangi perlawanan dan jaringan Daniel Sturridge penghujung babak pertama memberi keyakinan,”katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");