Sukan Hari Ini

Hewitt Singkir Federer Rangkul Trofi ATP Brisbane

hewitt

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Lleyton Hewitt membuka tirai 2014 dengan penuh bergaya selepas menewaskan Roger Federer pada aksi akhir ATP Brisbane Antarabangsa, lewat malam Ahad.

Pemain berusia 32 tahun itu yang kini berada di ranking ke-60 dunia meraih trofi pertamanya sejak tahun 2010 dengan mengetepikan bintang Switzerland 6-1 4-6 6-3.

“Saya bermula dengan baik sejak permulaan lagi, sangat baik.

“Saya cuba membawa Roger dalam permainan saya, namun agak sengit pada set ketiga,” jelasnya.

Biarpun pemain veteran Ausssie ini gagal mencipta banyak kemenangan beberapa tahun kebelakangan ini, itu bukan bermakna dia berputus asa dengan prestasinya itu.

“Bermain dengan pemain terbaik dunia di pentas akhir, adalah sesuatu yang sangat teruja. Sebab itulah kamu masih mempunyai fokus untuk beraksi.

“Bagi saya, ini adalah satu motivasi untuk melangkah ke tahap yang lebih baik dan memenangi gelaran seterusnya.

“Sudah beberapa tahun saya tidak menang. Jadi kejyaaan ini menjadi semaangat buat saya.

“Ia memberi makna besar dan ia mudah permainan yang mudah. Saya bukanlah pemain pilihan, jadi saya perlu memenangi lima perlawanan untuk untuk berada di tempat sekarang,” jelasnya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");