Membawang Hari Ini

Hip Global: DiCaprio nyaris dibaham jerung

leonardo

Watak lakonan Leonardo DiCaprio berakhir dalam si tuasi yang mendebarkan dalam filem terbarunya, The Wolf of Wall Street. Bagaimanapun, bintang terbabit pernah berdepan suasana jauh lebih teruk sebelum ini.

DiCaprio memberitahu Ellen DeGeneres dalam ran cangan temu bual kendalian wanita terbabit, Selasa lalu, dia pernah terperangkap dalam sangkar apabila seekor ikan jerung putih cuba merempuh masuk ke dalamnya.

Yayasan Leonardo DiCaprio yang diasaskan bintang Titanic berkenaan sememangnya berusaha menyelamat kan habitat hidupan liar yang terancam, termasuk lima jenis ikan yu. Ketika melakukan penggambaran filem Blood Diamond pada 2006, DiCaprio berada di dalam sangkar jerung apabila sesi memberi makan terbabit mencetuskan suasana cemas.

Pengalaman menakutkan

“Mereka berkata, dalam tempoh 30 tahun, kejadian seperti ini tidak pernah terjadi. Bagaimanapun, ikan tuna yang disediakan seperti tersekat di atas sangkar. Ikan jerung putih itu pula meronta-ronta untuk memakannya, menyebabkan separuh badan haiwan itu memasuki sang kar. Saya pula terperosok di bahagian bawah,” kata Di Caprio.

DiCaprio yang memuji usaha dilakukan yayasan ber kenaan sempat memberitahu DeGeneres: “Ia sememang nya pengalaman yang cukup menakutkan”.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");