Jenayah

Instagram hina Islam

ngo 2

GOMBAK – Sebanyak empat badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Instagram ‘PorkyMuhamad’ yang dibuat atas tujuan menghina agama Islam.

NGO berkenaan  iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) daerah Gombak, Rukun Tetangga Gombak Setia, Belia 4B kawasan Gombak dan Majlis Belia Daerah Gombak membuat laporan secara berasingan di Balai Polis Gombak Setia dan Hulu Klang, kelmarin.

Pengerusi PSSGM Gombak, Mohd Faizal Mohd Ali berkata, pihaknya mendapat maklumat wujudnya unsur menghina agama Islam melalui laman sosial berkenaan pada 30 Disember lalu.

“Sehari selepas dimaklumkan berkenaan perkara itu saya bertindak menyiasat dengan membuka laman tersebut.

“Di laman itu saya menemui beberapa keping gambar menghina agama Islam antaranya khinzir yang sedang menggigit al-Quran dan haiwan itu di atas Kaabah.

“Maklumat pemilik akaun tidak dapat dipastikan sama ada orang tempatan atau orang luar dan tidak tahu sejak bila ia mula beroperasi tetapi tindakan itu mendapat kecaman hebat daripada pengikut laman itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, laporan polis di buat sebagai meminta pihak berkaitan iaitu polis, SKMM dan Majlis Agama Islam menyiasat pemilik akaun dan dikenakan tindakan sewajarnya.

“Perbuatan tersebut nyata boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam dalam negara.

“Malahan selepas ia mendapat kecaman banyak pihak didapati pemiliknya telah menutup akaun sebagai mengelak dijejaki atau dikenakan tindakan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");