Perak Hari Ini

Isu Terminal Aman Jaya: SPAD Digesa Bertindak Tegas Terhadap Pengusaha Luar

PERAK TODAY 3

Kerajaan negeri mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan tegas terhadap semua pengusaha bas ekspres yang menjalankan operasi di luar kawasan Terminal Aman Jaya, dekat Meru Raya.

Datuk Zainol Fadzi Paharudin

Menurut Exco Pengangkutan Awam negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, biarpun terminal ini baru sahaja beroperasi, ia telah menunjukkan pencapaian yang mampu dibanggakan dari sudut imej sistem pengangkutan awam di negeri itu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas membuat lawatan di sekitar Terminal Aman Jaya, hari ini.

“Walaupun di peringkat awal terminal ini berhadapan dengan pelbagai masalah dengan pengusaha bas sendiri, tetapi melalui perbincangannya yang dilakukan, ia berjaya diselesaikan,” katanya lagi.

Tegasnya, kesemua pengusaha bas seharusnya mempunyai permit laluan yang dikeluarkan oleh SPAD iaitu syarat utama dengan menjadikan terminal itu sebagai pusat sehenti untuk operasi mereka.

“Untuk mendapatkan permit laluan, penguasa bas perlu menurun dan mengambil penumpang hanya di terminal ini dan jika gagal berbuat demikian, mereka boleh diambil tindakan,” jelasnya.

Katanya lagi, terdapat beberapa syarikat yang tidak mematuhi arahan SPAD itu yang membabitkan tiga lokasi di kawasan Gunung Rapat, Jalan Bendahara dan Jalan Bercham.

“Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa Terminal Aman Jaya merupakan satu-satunya terminal bas ekspres di bandar raya Ipoh,” jelas Zainol lagi.

Tambahnya lagi, arahan telah diberi oleh semua pengusaha bas untuk beroperasi di terminal itu sahaja dan bagi yang mengambil penumpang di luar terminal itu, penumpang tidak dilindungi dengan sebarang insurans.

Justeru itu, jika berlaku kemalangan mereka tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat bas, katanya.

Ujarnya lagi, hampir 50 pengusaha bas yang telah beroperasi di terminal itu dan jumlah penumpang juga turut meningkat kepada hampir 8,644 pada Julai lalu.PERAK TODAY 6

“Jumlah penumpang telah meningkat kepada 11,022 orang pada Ogos 2013.

“Jika kita inginkan perubahan dan kemudahan terbaik kepada rakyat, kos seperti ini perlu kita hadapi kerana semuanya berlaku atas alasan tersendiri” katanya lagi.

Jelasnya lagi, SPAD juga telah meluluskan lima lagi laluan baru untuk membawa penumpang terus ke terminal iaitu Jalan 1, (Terminal Aman Jaya ke Jalan Silibin-Jalan Bendahara-Jalan CM Yusof), Jalan 2, (Terminal Aman jaya-Kinta City (Jusco)-Politeknik Ungku Omar); Jalan 3, (Terminal Aman Jaya- Tesco Extra – Jln Bercham – Taman Ramai Bercham); Jalan 4 (Terminal-Kinta City-(Jusco)-Politeknik Ungku Omar-SMK Sri Rapat (Medan Gopeng) dan Jalan 5 (Terminal Aman Jaya- Jalan Jelapang-Medan Kidd.

“Laluan bas ulang-alik ‘transit’ ini beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 7 petang dari kadar tambang RM2.50 hingga RM3.50 sahaja dan beroperasi setiap 30 minit. Ia merupakan langkah pihak pengurusan terminal bagi mengatasi rungutan yang diterima daripada penumpang sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, menurut pengurus terminal tersebut, pihaknya sentiasa prihatian terhadap rungutan penumpang dan penambahan bas transit itu diharap dapat membantu penumpang selain menawarkan perkhidmatan keselamatan 24 jam.

Wakil pengusaha bas, Mohd Rashidi Abdul Rahim pula memuji usaha kerajaan negeri yang menganjurkan lawatan itu bagi memastikan pengusaha jelas dengan situasi yang berlaku selain meninjau sendiri permasalahan yang dihadapi mereka.

“SPAD perlu mengambil tindakan segera terhadap operasi stesen bas yang tidak didaftar dan berada di luar Terminal Aman Jaya kerana jika ianya tidak diatasi segera, kami akan mengalami kerugian yang berterusan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");