Membawang Hari Ini

Jennifer Lawrence Berpendapatan Tinggi Tahun 2013

Jennifer

PERJALANAN karier serta populariti Jennifer Lawrence terus naik mendadak lebih-lebih lagi melihatkan kejayaan filem-filem yang dibintanginya dalam industri Hollywood sepanjang tahun 2013.

Dan kerana itu, menurut laporan AceShowbiz aktres berusia 23 tahun itu mendapat tempat teratas Top Ten Money Making Stars 2013, sebagai selebriti yang berpendapatan tinggi tahun 2013.

Pemilihan Lawrence berdasarkan undian ‘Quigley Publishing Company’s 82nd Annual Poll’ iaitu daripada kalangan pemilik panggung serta pembeli filem.

Populariti Jennifer terus mendadak apabila dia terlibat dengan filem The Hunger Games, begitu juga dengan siri kedua filem tersebut, The Hunger Games: Catching Fire.

Keberkesanan lakonannya dalam filem itu juga membuatkan jadual lakonannya sudah pun penuh sehingga ke penghujung tahun 2015.

Berikut adalah senarai Top Ten Money-Making Stars of 2013:

1. Jennifer Lawrence

2. Sandra Bullock

3. Bradley Cooper

4. Tom Hanks

5. Denzel Washington

6. Leonardo DiCaprio

7. Robert Downey Jr.

8. Hugh Jackman

9. Brad Pitt

10. Melissa McCarthy

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");