Berita Hari Ini

Jumaah Majlis Diraja Johor Hormati Niat Bekas Presiden JCorp

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor menghormati niat tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim untuk memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran negeri Johor baru-baru ini.

Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, keputusan Jumaah itu telah dipersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Jumaah Majlis Diraja menghormati niat mulia Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim,” katanya di dalam satu kenyataan empat perenggan pada Rabu.

Undang-undang dan peraturan Darjah Mahkota Johor, kata Abdul Rahim,memperuntukkan seorang Datuk Johor boleh berhenti menjadi ahli darjah di atas apa sebab sekalipun dengan memulangkan tanda kebesaran itu kepada Jabatan Menteri Darjah berkenaan.

Kenyataan beliau itu merujuk tindakan Muhammad Ali yang juga bekas Presidendan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) memulangkan kesemua tigadarjah kebesaran Johor kepada jumaah pada 27 Dis lepas.

Tokoh korporat itu pada 28 Dis lepas berkata tindakannya itu adalah berikutan kenyataan Abdul Rahim pada 5 Dis lepas berhubung artikel tulisannya dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Dis lepas.

Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor itu telah meminta Muhammad Ali memberikan penjelasan berhubung artikelnya yang bertajuk, ‘Menuntut Hak, MenebusMasa Silam’.

Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran ‘Datuk’, serta Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ).

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");