Jenayah

Juru jual, penyanyi kelab kena samun

crime

IPOH – Seorang juru jual yang dipercayai dalam perjalanan menghantar teman wanitanya cedera ditumbuk pada bahagian muka dalam kejadian samun di Jalan Pesara Ipoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.50 malam itu, dua lelaki secara tiba-tiba muncul dan cuba meragut teman wanitanya malah diugut akan dicederakan menggunakan pisau jika ingkar arahan.

Mangsa berusia 22 tahun itu cuba membantu teman wanitanya, namun ditumbuk oleh penjenayah terbabit yang kemudiannya berjaya melarikan beg tangan yang mengandungi dokumen dan telefon bimbit.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penyanyi kelab berusia 24 tahun kehilangan kereta selepas dilarikan dua lelaki dalam kejadian yang berlaku di Medan Ipoh 6, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan berhubung kedua-dua kes berkenaan.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkawan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");