Sukan Hari Ini

‘Kami Tak Main-Main’

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.tDp5CjGPb6

Kuala Lumpur: “Bukan cakap kosong”.

Itu pendirian tegas Presiden Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia, Rommi Suhendra berhubung kesanggupan mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kepimpinan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), diketuai Datuk Ahmad Ismail berundur secara terhormat.

“Saya memegang kata-kata yang disuarakan bekas legenda negara semalam (kelmarin) Salim Mohd Yusof, mungkin itu jalan terbaik untuk memberi kesedaran kepada Ahmad agar berundur secara terhormat.

Itu mungkin langkah terakhir yang kami akan lakukan selain jelajah ‘Jom Bangkit’ yang sudah diadakan di Pulau Pinang dan Perlis dengan membabitkan sejumlah bekas pemain negara,” katanya.

Kelab berkenaan yang menghimpunkan sejumlah bekas pemain negara tampil bersuara sejak bulan lalu, mendesak Ahmad yang mula dipilih pada 2003 meletakkan jawatan susulan kegagalan berterusan membabitkan skuad negara di pentas antarabangsa dengan kekecewaan terbaru di Sukan SEA Myanmar, penghujung tahun lalu.

Untuk rekod, sudah empat edisi skuad negara gagal meraih emas di pentas Asia Tenggara dengan kali terakhir menerusi regu – Zulkarnain Arif, Normanizam Ahmad dan Futra Abd Ghani di Sukan SEA 2005, Filipina manakala gandingan Ahmad Jais Baharun, Iskandar Arshad dan Abdul Malik Samsudin muncul juara terakhir di Sukan Asia 1994 di Hiroshima.

“Kami tidak mahu lagi pasukan negara dipandang rendah.

Negara lain yang dulunya kerdil kini menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan untuk mengembangkan sukan tradisi itu di negara mereka sekiranya berjaya menewaskan pasukan kebangsaan.
“Bayangkan apabila mereka berjaya menewaskan skuad negara yang sememangnya kuasa besar dalam sukan ini selain Thailand, tidakkah ia akan membantu mereka untuk terus mendapat sokongan terutamanya dalam bentuk kewangan dari pihak berwajib di negara mereka bagi membangunkan lagi sukan ini.

“Kami tidak mahu lagi sukan ini diperlakukan sebegini, sedangkan tiada perubahan yang berlaku kepada skuad negara,” katanya.

Selepas kegagalan di Myanmar, PSM kini baru selesai menjalankan proses pemilihan pemain baru di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil minggu lalu untuk membentuk skuad negara bagi menghadapi beberapa kejohanan di pentas antarabangsa tahun ini termasuk Sukan Asia di Korea Selatan, September nanti.

 

 

-HARIAN METRO-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014013101142720140131011427/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");