Sukan Hari Ini

Keadaan Schumacher Tidak Berubah – Pengurus

schu1 (1)

LEGENDA Formula Satu (F1), Michael Schumacher masih berada dalam keadaan stabil selepas malam ketiganya di Hospital Universiti Grenoble, Perancis.

Pengurus Schumacher, Sabine Kehm berkata, keadaan Schumacher tidak berubah iaitu masih stabil tetapi kritikal.

“Berita gembira adalah apabila pakar bedah mengakui otak Schumacher menunjukkan sedikit perkembangan positif selepas pembedahan kedua pada Selasa lalu,” katanya.

Juara dunia F1 tujuh kali itu diterbangkan ke hopital tersebut pada Ahad lalu selepas terlibat kemalangan ketika bermain ski di sebuah pusat peranginan di pergunungan Alps, Perancis.

Pelumba kelahiran Jerman itu sudah menjalani dua pembedahan sejak kemalangan tersebut dan pembedahan kedua, iaitu untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya yang dilakukan pada Selasa, berjalan dengan selamat.

Hari ini, 3 Januari adalah ulang tahun hari kelahiran beliau yang ke-44.

MICHAEL SCHUMACHER & KARIER:

1969: Dilahirkan pada 3 Januari di Huerth-Hermuelheim, Jerman.

1973: Memulakan perlumbaan go-kart.

1987: Memenangi Kejuaraan Go-Kart Jerman dan Eropah.

1988: Mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Formula Ford Jerman dan tempat kedua Kejuaraan Eropah.

1990: Menjuarai Formula 3 Jerman. Menyertai pasukan Mercedes.

1991: Menyertai Formula 1 bersama pasukan Jordan dan kemudian Benatton.

1992: Memenangi Grand Prix Formula 1 nya yang pertama di GP Belgium dan tempat ketiga keseluruhan musim.

1994: Memenangi lapan Grand Prix dan kejuaraan Formula 1 Dunia.

1995: Mengekalkan kejuaraan dunia dan menang di sembilan Grand Prix keseluruhannya.

1996: Berpindah ke Ferrari dan menang tiga Grand Prix tetapi jatuh ketempat ketiga kejuaraan dunia.

1997: Menang lima Grand Prix.

1999: Patah kaki dalam kemalangan di Silverstone.

2000: Menjuarai Formula 1 Dunia buat pertama kali bersama pasukan Ferrari dan bagi Ferrari pula kejuaraan dunia yang pertama sejak 1979. Menang di sembilan Grand Prix keseluruhannya.

2001: Sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan dunia dan menang di sembilan Grand Prix.

2002: Mencipta sejarah baru Formula 1 dengan memenangi 11 Grand Prix dan sekali lagi juara dunia.

2003: Juara Dunia Formula 1 sekali lagi.

2004: Menjuarai Formula 1 untuk kali yang ketujuh – satu rekod dunia.

2006: September – mengumumkan persaraannya dari Formula 1 selepas memenangi Grand Prix Itali.

2009: Julai – Kembali berlumba dalam Formula 1 bersama Ferrari, mengantikan tempat Felipe Massa yang cedera parah di Grand Prix Hungari.

2010: Kembali dari persaraan untuk berlumba bersama pasukan Mercedes pada usia 40 tahun.

2012: Jun – Selepas enam tahun tidak menaiki podium akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga di Grand Prix Eropah.

2012: Oktober – Mengumumkan persaraan kali keduanya dari Formula 1.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");