Perak Hari Ini

Kegiatan Pecah Rumah Dan Samun Tumpas

PERAKTODAY- POLIS

Sembilan kes membabitkan jenayah samun dan pecah rumah di Daerah Ipoh berjaya diselesaikan berikutan penahanan dua lelaki India di Taman Shantin, dekat Ipoh, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Sum Chang Keong, tangkapan berjaya dibuat pada jam 3.25 pagi di perumahan Jalan Pengkalan Barat 18, dekat Taman Shantin.

Sebelum itu, pihak polis telah berjaya katanya, mengesan kumpulan yang terlibat dengan kes samun dan pecah rumah di sekitar kawasan Ipoh dengan bergerak aktif pada waktu malam.

“Suspek berjaya dikesan Unit Rodaan Bermotosikal (URB) yang ketika itu sedang membuat rondaan di kawasan Pasir Puteh selepas menerima maklumat mengenainya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Balai Polis Bercham, dekat Ipoh, hari ini.

Jelasnya lagi, sejurus tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati dua lelaki berbangsa India sedang memecah pintu rumah mangsa.

“Suspek seorang lelaki India berumur 31 tahun yang berasal dari Pasir Puteh merupakan seorang penganggur dan mempunyai lima rekod lampau termasuk kes dadah dan samun manakala seorang lagi suspek lelaki India yang berumur 48 tahun tidak bekerja dan tiada rekod lampau,” katanya.

Ujarnya lagi, kumpulan ini aktif sejak enam bulan yang lepas dan dipercayai terlibat dalam lima kes pecah rumah dan samun.

“Kejayaan menangkap suspek kali ini telah membantu pihak polis menyelesaikan sembilan kes iaitu lima pecah rumah dan empat kes samun dan satu kes cubaan pecah rumah.

Kini, kesemua suspek sedang direman sehingga 5 Januari untuk siasatan, tambahnya.

Pihak polis juga katanya, turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 100 milik suspek, kunci motosikal, pemutar skru berwarna merah dan spanar pembuka tayar bersaiz 10 inci.

Tambah Sum lagi, sepanjang tahun lepas sahaja, kes samun dan pecah rumah mengalami jumlah penurunan berikutan penubuhan unit URB.

Pada majlis itu juga, beliau turut menganugerahkan sijil penghargaan kepada empat anggota polis yang berjaya menangkap suspek, sekaligus menyelesaikan kes tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");