Berita Hari Ini

Keputusan MUET Diumum Khamis Ini

muet

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi November 2013 akan dikeluarkan Khamis ini.

Menurut kenyataan akhbar Majlis Peperiksaan Malaysia pada Isnin, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Keputusan peperiksaan itu juga boleh disemak melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUETRESULT dan hantar ke 15888 mulai 12.01 tengah malam Rabu atau melayari portal MajlisPeperiksaan Malaysia http://mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi Khamis.

“Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula dengan bayaran sebanyak RM70. Tarikh tutup rayuan semakan semula adalah pada 27 Januari,” katanya.

Pendaftaran MUET bagi Sesi Julai 2014 pula akan dibuka dari 16 Januari hingga 17 Mac ini.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");