Perak Hari Ini

Kerjasama PAFA, Newcastle Jets Perbaiki Kualiti Bolasepak Perak

pafa1

Pendekatan proaktif Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menjalin kerjasama dengan pasukan Newcastle Jets dari Australia dilihat mampu memperkukuhkan lagi program pembangunan bola sepak di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kerjasama itu bakal memperbaiki mutu dan kualiti bola sepak Perak pada masa akan datang.

“Kita mengharapkan agar usaha yang dilakukan ini mampu menggilap bakat-bakat baru yang bakal berpeluang menjalani latihan di sana,” jelasnya.

Katanya lagi, dengan usaha demikian, pembangunan bolasepak Perak akan lebih komprehensif dan bergerak seiring dengan keperluan semasa.

Terdahulu, Zambry menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PAFA dan Newcastle Jets di Ipoh, hari ini.

Kerajaan negeri diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya manakala Newcastle Jets pula diwakili oleh Pengerusi Operasinya, Nicholas Deluca.

Hadir sama, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Ketua Jurulatih Akademi PAFA, Marshall Soper.

Program pembangunan bola sepak ini bakal menggariskan empat faedah utama antaranya pertukaran pemain untuk menjalani latihan intensif bersama Newcastle Jets.

Sementara itu, Shahrul Zaman, berkata PAFA berpeluang menghantar sekurang-kurangnya satu atau dua pemain yang berpotensi untuk menjalani latihan pemilihan bersama Newcastle Jets.

“Muhammad Firdaus Saiyadi, 18, pemain pertama yang telah dipilih untuk menjalani ujian percubaan selama dua minggu bersama Newcastle Jets pada Mac depan,” katanya.

Jelasnya lagi, PAFA juga akan menghantar jurulatih dan kakitangan pengurusan yang berkelayakan bagi menimba ilmu bersama pasukan terkemuka ini.

“Newcastle Jets juga telah bersetuju untuk datang ke sini bagi mengadakan siri perlawanan dengan beberapa pasukan tempatan untuk beraksi di saingan Liga Super atau Liga Premier bagi musim ini,” katanya.

Menurut Nicholas, beliau sungguh berbangga diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan PAFA dan bersedia berkongsi pengalaman dan teknik berkenaan bolasepak untuk kebaikan kedua belah pihak.

Kemudahan infrastruktur dan program pembangunan bolasepak yang mantap serta kejayaan melahirkan bekas penyerang skuad kebangsaan England dan Liverpool, Emile Heskey merupakan antara kelebihan yang dilihat PAFA bagi menjalin kerjasama dengan Newcastle Jets.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");