Jenayah

Kes bunuh tiga beradik di Kedah: Dua ditahan suspek utama, kes selesai

kes selesai

Alor Setar: Kes pembunuhan tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini, masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu dianggap selesai dengan tertangkapnya dua remaja lelaki, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, mengesahkan suspek yang ditahan polis di rumah mereka kelmarin adalah suspek utama kes berdasarkan siasatan dan maklumat yang diperoleh ketika ini.

Beliau berkata, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak suspek sehingga mendapat maklumat yang membawa kepada penangkapan dua remaja lelaki. Berdasarkan keterangan dan selepas dibawa melawat lokasi kejadian dua suspek itu didapati tahu mengenai tempat itu, selain seorang daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah samun.

Siasat motif pembunuhan

“Motif pembunuhan masih samar dan kita sedang meneliti beberapa perkara untuk menjalankan prosedur kes untuk pertuduhan di mahkamah.

“Dua suspek ini juga didapati mengenali mangsa dan jarak rumah mereka adalah hanya 150 meter,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

Dapat bukti penting
Ahmad berkata, polis juga mendapat bukti penting selepas membawa dua suspek berkenaan ke lokasi kejadian itu selepas mereka ditangkap kelmarin. Dua suspek ini direman sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BH semalam melaporkan misteri pembunuhan tiga beradik di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, bakal terungkai berikutan penahan dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa di Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar di sini, Rabu lalu.

Dua suspek terbabit ditahan di sebuah rumah di Kilometer 6 jalan Datuk Kumbar di sini, pada jam 5.30 petang dan di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Datuk Kumbar pada jam 11 malam.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");