Membawang Hari Ini

Kesetiaan Rabbani

Rabbani

Enggan berpecah, kumpulan nasyid popular mahu terus berdakwah selepas lagu terbaru raih diangkat karya terbaik

Kejayaan Rabbani membolot trofi Lagu Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20), baru-baru ini membuktikan irama nasyid masih relevan.

Nyata kemenangan itu menjadi penguat semangat kumpulan ini untuk terus berdakwah melalui muzik.

Menemui anggota Rabbani, mereka menyangkal dakwaan muzik nasyid makin tenggelam dek arus kemodenan. Malah, Rabbani mahu terus memperjuangkan irama nasyid bagi mendidik pendengar dalam pelbagai aspek kehidupan.

Akui Rabbani, mereka berkarya bukan kerana mencari nama atau populariti.

“Kami bersyukur atas kemenangan pada AIM. Jujurnya kami tidak menganggap kemenangan itu sebagai sasaran. Apatah lagi kami bersaing bersama kawan-kawan seperti kumpulan Inteam dan Hijjaz. Namun, kami berminta maaf kerana tidak dapat hadir pada malam itu atas komitmen lain yang sudah diatur.

“Kami dimaklumkan berita kemenangan itu oleh rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Memang di luar jangkaan, apabila orang lain mempertaruhkan album, kami hanya single iaitu Mawar Berdarah. Sepatutnya kami merancang untuk mengeluarkan album tahun ini, tapi disebabkan masing-masing sibuk, projek itu tergendala,” katanya pada sidang media Karnival Marhabbah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mohd Asri Ubaidullah atau lebih mesra disapa Ustaz Asri berkata, projek album baru itu dijangka selesai awal tahun ini. Malah, separuh daripada kerja-kerja pembikinan sudahpun beres.
“Dua lagu sudah siap dirakam. Jika tidak ada masalah, kami akan memuatkan antara enam hingga lapan lagu. Kami sudah dua tahun tidak menerbitkan album, tapi biarpun album ini tergendala.

“Pada masa sama, album zikir akan diterbitkan tidak lama lagi,” katanya.

Ramai komposer mahu kerjasama

Berkongsi cerita, kumpulan Rabbani sering mendapat tawaran daripada komposer berpengalaman seperti Pak Ngah, LY dan KRU untuk merakamkan lagu. Namun, isu kesibukan kumpulan itu dan waktu yang terbatas menyebabkan perancangan tidak kesampaian.

Ditanya strategi masa depan Rabbani, Ustaz Asri memberitahu, mereka mahu terus setia sebagai sebuah kumpulan.

“Orang terima atau tidak irama nasyid, kami tetap meneruskan perjuangan ini. Kita lihat atau pergi ke mana acara konsert apapun, penyanyi nasyid masih dijemput. Ini termasuk persembahan di acara antarabangsa.

“Saya masih nampak semangat rakan nasyid kita yang berkobar-kobar.

“Malah, saya lihat ramai penyanyi nasyid baik baru dan lama menghasilkan album penuh seperti Hafiz Hamidon, Inteam, Hijjaz dan Nowseeheart,” katanya.

Jual album dalam talian

Ustaz Asri berkata, ramai penyanyi nasyid berani melabur wang untuk menerbitkan album biarpun industri rakaman sekarang tidak menjanjikan pendapatan lumayan.

“Biarpun nasyid tidak mendapat sambutan dari segi jualan fizikal, ia masih mempunyai tempat di hati peminat. Kami mahu belajar mengikuti senario sekarang, di mana peminat lebih menggemari memuat turun lagu daripada membeli album,” katanya.

Selain membuat persembahan, Rabbani sibuk dengan aktiviti Rabbani Travel & Tours yang menawarkan pakej lawatan termasuk umrah sejak empat tahun lalu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");