Jenayah

Kursus bina diri berakhir tragedi

TRAGEDI

Dua rakan mangsa menunjukkan tempat kejadian kepada anggota penyelamat:-

TELUK BAHANG – Perkhemahan 24 pekerja sebuah syarikat swasta di Pantai Kerachut di sini mengundang tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas manakala dua lagi masih hilang ketika bermandi-manda di pantai terbabit kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata, dalam kejadian itu ketiga-tiga mangsa bersama dua lagi rakan mereka yang diselamatkan dikatakan telah dipukul ombak ketika bermain air di pantai.

Menurutnya, mangsa yang lemas dikenali sebagai P Yogambigai, 23, manakala dua rakan lelakinya masih hilang. Sementara itu, dua wanita yang diselamatkan rakan-rakan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 4 petang dan bergegas ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati seramai 24 lelaki dan wanita telah menyertai perkelahan di pantai berkenaan dan mandi di situ.

“Semasa mandi kelima-lima mangsa telah dipukul ombak menyebabkan seorang mati lemas manakala dua lagi hilang. Ketika itu hanya dua daripada mereka berjaya diselamatkan.

“Gerakan mencari dan mengesan mangsa yang masih hilang telah dijalankan oleh 10 anggota polis menggunakan dua bot nelayan bersama pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Marin dengan dibantu nelayan tempatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terjun dari batu

Sementara itu, salah seorang rakan mangsa, B Gopinathan, 22, berkata, kesemua mereka datang ke kawasan pantai berkenaan bagi mengikuti program bina semangat.

Menurutnya, ketika kejadian, mereka sudah bersiap untuk pulang tetapi lima mangsa dilihat bersantai di atas batu di tepi pantai berkenaan.

“Dalam kami semua yang lain sedang mengemas barang, kelima-lima mangsa dilihat terjun dari batu ke dalam laut sebelum dihanyutkan ombak.

“Dalam keadaan kelam kabut, kami yang lain cuba untuk menyelamatkan kesemua mangsa dan dapat menarik tiga daripada mereka ke pantai namun gagal menyelamatkan dua rakan lagi,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");