Berita Hari Ini

Laporan tidak tepat

pm jet

SHAH ALAM – Laporan di laman-laman blog berhubung pesawat khas ACJ A320 yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah salah fakta dan tidak tepat.

Dalam kenyataan semalam, Pejabat Perdana Menteri menegaskan, laporan salah itu telah menimbulkan persepsi tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki lima buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertua Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Laporan dalam laman blog itu adalah mengenai pesawat khas yang disewa bagi menggantikan pesawat yang masih belum siap diselenggarakan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari sehingga 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat itu bagi membolehkan perdana menteri mengguna pesawat untuk urusan kerja dalam keadaan selamat dan terjamin.

Anggota pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Terdahulu, beberapa laman blog mempersoalkan penggunaan pesawat khas Perdana Menteri dan mendakwa Najib terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");