Membawang Hari Ini

Majlis gemilang TMM 2014

mjlis tm

Secara rasminya, rakyat Malaysia akan menerima kehadiran pelancong asing menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) yang bermula semalam. Bagaimanapun, pelancaran rasminya hanya berlangsung pada esok, 4 Januari yang akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Merdeka pada jam 8.45 malam.

Penganjur iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) sudah merancang pelbagai agenda menarik serta gilang-gemilang buat semua yang hadir antaranya persembahan artis tersohor tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Najwa Latif, Hafiz Suip, Azlan & The Typewriter dan Joanne Yeoh.

Penolong Pengarah MATIC, Zuhairi Ibrahim, selaku pengarah persembahan berkata, mereka sudah melakukan persediaan sejak awal tahun lalu bagi memastikan majlis yang berlangsung nanti kekal menjadi sejarah buat mereka yang hadir.

“Persiapan dibuat sejak setahun lalu kerana kami mahukan kelainan berbanding acara lain. Persembahan turut digabungkan dengan kebudayaan bagi menampakkan keseimbangan. Apatah lagi kami berada di bawah satu kementerian.

“Acara pada 4 Januari sebenarnya bermula pada jam 10 pagi menerusi pameran ‘fabulous food’ makanan semua negeri di Malaysia contohnya sate tulang yang terkenal di Negeri Sembilan, rendang tok (Perak) dan banyak lagi.

Ada 16 gerai disediakan pada hari itu dan makanan ini dijual dengan harga
berpatutan.

“Selain itu, persembahan kebudayaan semua negeri serta pameran kraf–tangan turut diadakan,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad, Isnin lalu.

Ia turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) KPKM, Rashidi Hasbullah serta Jamal Abdillah, Nash, Joanne Yeoh dan Azlan & The Typewriter.

Zuhairi berkata, bermula pada jam 5 petang, peminat dihiburkan de­ngan persembahan daripada kumpulan basking dan indie seperti band Pokok Ceri dan banyak lagi.

“Kami akan tampilkan pelbagai keunikan yang terdapat di negara kita. Lima gadis berpakaian etnik berlegar-legar di Dataran Merdeka dan boleh diambil gambar. Semuanya ini bertujuan untuk mewujudkan kemeriahan sempena pelancaran TMM 2014.

“Kemuncak pelancaran ialah kehadiran TPM yang diiringi kereta vintaj (antik) jenis Bufori. Ketibaan beliau disambut dengan paluan 40 pemain gendang pelbagai etnik dan kontemporari yang memainkan lagu-lagu rakyat,” katanya.

Menurutnya, pada jam 8.45 malam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan berucap diikuti gimik pelancaran TMM 2014 yang dilakukan bersama Muhyiddin.

“Apa yang menariknya, peminat yang hadir dapat menonton tayangan ‘video mapping’ yang akan dipancarkan ke Bangunan Sultan Abdul Samad yang berlangsung selama enam minit.

“Kami juga membawa empat ekor ‘Proboscis Monkey’ dari kepulauan Borneo yang dipilih sebagai maskot TMM 2014. Empat pemuzik iaitu Mohar (seruling), Joanne Yeoh (violin), Kumar (sitar) dan Uda (akordian) akan bergabung tenaga memainkan lagu tradisional,” katanya.

Zuhairi berkata, artis jemputan pula akan menyanyikan tiga lagu popular setiap seorang. Lagu Cuti-Cuti Malaysia akan disampaikan Siti Nurhaliza manakala Khadijah menyampaikan lagu Malaysia Truly Asia.

“Selain itu, lagu tema TMM 2014 yang digubah oleh seorang siswa Universiti LimKokWing akan diperdengarkan pada malam itu dengan persembahan koir,” katanya.

Sementara itu, Rashidi Hasbullah berkata, Malaysia menduduki tangga ke-10 sebagai negara yang dikunjungi pelancong asing. Untuk itu, 50 program besar disusun untuk TMM 2014 dan pembabitan artis tempatan adalah salah satu usaha mempromosikan industri pelancongan di negara ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");