Berita Hari Ini

Mansuh SST Diumum Mac Ini, Beri Ruang Laksana GST

gst1

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengumumkan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada Mac ini di Parlimen bagi memberi ruang kepada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, segala perincian akan dimaklumkan pada hari berkenaan yang turut akan diberitahu tarikhnya kelak.

Katanya, walaupun kerajaan sudah lama bersedia dengan penggunaan GST pihaknya masih giat menjalankan promosi menerusi media cetak dan elektronik bagi membolehkan perkara berkenaan difahami rakyat sepenuhnya.

Dalam perkembangan sama katanya, kerajaan akan mengeluarkan panduan harga atau ‘shoppers guide’ tiga bulan sebelum pelaksanaan penuh GST pada tahun depan mengandungi senarai perbezaan harga.

Selain itu, pihaknya mengecam perbuatan sesetengah peniaga yang sudah mengenakan GST kepada pengguna, dilihat berlaku di beberapa premis sekitar ibu negara.

 

-HARIAN METRO –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");