Sukan Hari Ini

Matic Sah Kembali Sarung Jersi Chelsea

matic

KELAB Chelsea mengesahkan Nemanja Matic kembali ke Stamford Bridge dari Benfica dengan perjanjian bernilai £21 juta (RM112.97 juta), lima tahun setengah kontrak.

Pemain berusia 25 tahun yang tiba di Chelsea bersama David Luiz tiga tahun lalu, tetapi berpindah ke Benfica dan kini kembali menyarung jersi The Blues.

Ketika tahun pertama Matic bersama kelab ini, agak sukar baginya dan menghabiskan kariernya selama satu musim bersama secara pinjaman bersama kelab Vitesse Arnhem sebelum ke Portugal.

Matic tampil aksi pertama di MSK Kosice dan sebelum diikat bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sebagai pemain muda.

Walaupun ketika itu penampilan tidak menyerlah seperti pemain lain, Matic berjaya menarik perhatian Benfica serta turut beraksi dalam saingan akhir Liga Europa, tewas 2-1 kepada Chelsea musim lalu.

Benfica dijangka mendapat yuran perpindah bernilai £20.75 juta (RM111.63 juta) dari perpindahan ini.

“Saya gembira dengan peluang untuk kembali ke kelab ini, dan akan melakukan yang terbaik bagi membantu pasukan serta membuat penyokong-penyokong Chelsea gembira,” jelas Matic.

Sementara itu, pengendali kelab, Jose Mourinho mengalu-alukan Matic dan percaya pemain antarabangsa Serbia yang mencatat sembilan kap negaranya ini mampu meningkatkan lagi prestasi kelab.

“Saya gembira Nemanja kembali ke Chelsea. Dia membesar sebagai pemain di Portugal dan menjadi salah seorang pemain tengah yang menakjubkan.

“Saya pasti dia bakal menjadi salah seorang pemain penting dalam skuad sekaligus membantu mencapai impian kelab,” katanya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");