Jenayah

Maut diserang ketika joging

maut diserang

GEORGETOWN – Kegembiraan penduduk Tanjung Bungah dalam menyambut tahun baharu kelmarin, dikejutkan dengan kematian seorang warga emas yang dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 64 tahun itu dipercayai ditikam di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi.

“Ang Cheng Hoo dibunuh oleh individu yang tidak dikenali yang menyerangnya ketika berjoging di laluan pejalan kaki berhampiran sebuah pangsapuri yang terletak di kawasan yang agak sunyi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang tinggal di pangsapuri berdekatan ditemui terbaring di atas laluan pejalan kaki dengan berlumuran darah akibat luka di badan, dahi, perut dan leher.

“Mangsa yang memakai baju dan seluar berwarna biru itu dijumpai pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri berdekatan kira-kira sejam selepas kejadian,” katanya kepada media di tempat kejadian semalam.

Mazlan berkata, polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan menolak ia bermotifkan rompakan kerana dompet serta telefon bimbit mangsa ditemui pada mayatnya.

“Menurut anak lelakinya, mangsa biasanya keluar berjoging pada jam 5 pagi dan pulang sebelum jam 8 pagi serta membawa sebilah pisau bersamanya. Polis turut menemui kesan darah pada pisau milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, jiran mangsa ada terdengar pertengkaran antara mangsa dengan individu tidak dikenali.

“Dari beberapa keterangan yang diambil, kita percaya suspek adalah seorang lelaki. Kita juga sudah memanggil beberapa saksi dan akan menyiasat kes ini dari pelbagai aspek.

“Kita minta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");