Perak Hari Ini

Manjung Daerah Terbaru Dalam NCER

zambry

Manjung menjadi daerah terbaru di Perak yang diletakkan dalam Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), sekaligus dilihat berpotensi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di daerah itu khususnya dan negeri amnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat NCER yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Kita di pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih di atas jasa Perdana Menteri kerana meletakkan daerah Manjung dalam NCER.

“Secara amnya, kita telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Pusat untuk memasukkan negeri Perak secara keseluruhannya dalam NCER seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Namun, disebabkan faktor kedudukan dan geografi negeri yang luas dari utara hingga selatan, maka sukar untuk kerajaan Pusat untuk memasukkan keseluruhan Perak dalam NCER,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina di SJKC Hwa Lian, dekat Pasir Bogak, Pangkor, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, kerajaan negeri kemudiannya mencadangkan agar daerah Manjung dimasukkan dalam NCER kerana memiliki pelabuhan dan pelbagai kemudahan lain yang boleh menggerakkan lagi pertumbuhan ekonomi Perak secara keseluruhannya.

“Bukan sahaja Manjung, perancangan juga membabitkan daerah lain di utara Perak seperti Kerian, Grik, Pengkalan Hulu dan Lenggong yang memerlukan projek pembangunan untuk menjana pertumbuhan di kawasan tersebut,” tegasnya lagi.

Nilai projek itu katanya, berjumlah RM10 bilion yang bukan sahaja membabitkan negeri Perak tetapi juga kawasan NCER secara keseluruhannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");