Berita Hari Ini

MDK sedia 6,000 baucar petrol

parkir

PARIT BUNTAR – Sejumlah 6,000 baucar petrol bernilai RM5 ditawarkan kepada penduduk Kerian yang melunaskan bayaran cukai pintu terawal tahun ini.

Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kerian (MDK), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, tawaran baucar pengisian minyak petrol percuma di stesen minyak BHP di daerah ini diputuskan bagi menggantikan peraduan cabutan bertuah.

“Bayaran cukai pintu perlu dibayar sebelum 28 Februari dan kami menyasarkan kutipan sebanyak 100 peratus tahun ini.

“Diharapkan penduduk tidak melepaskan peluang merebut tawaran baucar itu selain memenuhi tanggungjawab membayar cukai pintu,” katanya.

Sementara itu, Khairul Amir berkata, semua parkir kenderaan di Pusat Bandar Fasa 2 diwartakan kawasan berbayar 40 sen per jam bermula 1 Januari lalu.

“Pengguna dikehendaki mempamerkan kupon parkir dan jika ingkar saman akan dikenakan.

“Setakat ini, 233 petak parkir disediakan dan caj dibuat bagi mengurangkan kesesakan parkir yang terhad,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");