Membawang Hari Ini

Mencari ‘Kanang’

kanang

Selepas tertangguh sejak beberapa tahun lalu, penggambaran filem yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Langkau, akan direalisasikan tidak lama lagi.

Syarikat produksi, Tangan Seni Sdn Bhd yang bertanggungjawab menerbitkan filem Kanang anak Langkau – The Iban Warrior, sedang mencari pelakon yang bakal membawa watak tokoh pejuang disegani itu.

Penerbit filem itu, Zainal Fikri Mohd Dali, berkata pihaknya menganjurkan sesi uji bakat terbuka bagi mencari pelakon watak Kanang dan peranan penting lain.

“Kita membuka peluang untuk individu berbakat mencuba dalam sesi uji bakat. Kita mahu mencari individu yang sesuai melakonkan lebih 20 watak penting dalam filem ini.

“Untuk watak Kanang, kita masih belum bertemu calon sesuai. Ada kekangan terhadap watak terbabit termasuk beberapa babak yang memaparkan aktiviti ritual masyarakat Iban yang ditonjolkan dalam filem ini.

“Sehubungan itu, kita terpaksa mencari pelakon bukan beragama Islam supaya tidak timbul isu, selain mengelak babak terbabit dipotong. Babak itu penting untuk menyokong filem ini,” katanya kepada HIP.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");