Sukan Hari Ini

Moyes Harap Tuah 2014

moyes

PENGURUS Manchester United, David Moyes begitu positif menyambut tahun 2014 dalam berdepan dengan baki saingan Liga Perdana musim ini.

Dalam masa yang sama Moyes juga berharap tahun ini bakal memberi nasib yang baik buat dirinya.

Kehidupan di Old Trafford dianggap sebagai ujian setakat ini ddan dia sedar perlu ada sesutu perubahan yang baharu di pihaknya.

“Saya rasa kita semua tahun kesilapan yang dilalui. Secara keseluruhannya, saya mahu mereka bermain dengan lebih baik.

“Saya mahu skuad beraksi dengan lebih konsisten. Itulah yang perlu saya capai,” katanya.

Pun begitu, pencapaian anak buah Moyes setakat ini tidaklah seteruk seperti awal musim permainan.

Tewas kepada Manchester City dan Liverpool serta diselubungi kekecewaan apabila tewas digelanggang sendiri kepada West Bromich Albion, Everton dan Newcastle, Moyesketinggalan lapan mata daripada pendahulu liga (Arsenal).

“Sesuatu yang sukar dijangka selalu terjadi. Saya rasa ada sedikit perubahan pada kelab-kelab lain yang berada di kedudukan teratas dari kami.

“Jadi saya tidak mengubah pandangan dan menganggap ia adalah sesuatu yang menarik pada pembukaan musim ini.

“Saya yakin pemain-pemain memerlukan cabaran, dan inilah cabaran mereka.

“Ia perlu begitu (cabaran). Kami tidak berada dalam kedudukan yang baik sekarang, jadi saya harap semua akan kembali kepada tempat yang mereka inginkan,” jelasnya.

United kini berada di kedudukan keenam liga dengan 34 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");