Berita Hari Ini

Muhyiddin Ketuai 114 Penerima Darjah Kebesaran Kedah

muhyiddin

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengetuai senarai 114 orang penerima darjah dan bintang kebesaran Kedah sempena keputeraan ke-86 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahad.

Muhyiddin merupakan penerima tunggal anugerah Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga dianugerah Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) membawa gelaran Datuk Paduka iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohd Puad Mohd Ali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Bukit Aman, Datuk Seri Syed Ismail Datuk Syed Azizan dan Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng, yang juga ahli perniagaan, Tan Sri Dr Fng Ah Seng.

Sepuluh orang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira termasuk Pegawai Kewangan Negeri Kedah Datuk Khazali Din, Pengarah Tanah dan Galian Kedah Datuk Muhamad Nor Rofie, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Turut menerima DGMK ialah Pengelola Istana Negara, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Mohd Noor Daud; Mej Jen Datuk Md Tajri Alwi (Istana Negara); Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi; Pengerusi Eksekutif High Point World Wide Sdn Bhd, Datuk Abu Zaki Zakaria; Pengarah Urusan Setia Teknoloji Sdn Bhd, Datuk Majid Wan Chik dan Pengarah Urusan/CEO syarikat Kumpulan Widad, Datuk Mohamad Ikmal Opat Abdullah.

Dua penerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Ghani Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli.

Seramai 67 orang dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk manakala Ketua Bahagian Asia Tenggara The British Library, London, United Kingdom Dr Annabel Teh Gallop menjadi penerima tunggal DSDK Kehormat, juga membawa gelaran Datuk.

Penerima DSDK ialah Tunku Johanez Tan Sri Tunku Annuar, Tengku Shazuddin Tan Sri Tunku Sallehuddin; dua Exco Kedah Datuk Suraya Yaacob dan Mohd Rawi Abdul Hamid, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Azmi Che Husain, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Dr Leong Yong Kon, anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ahmad Fisol Md Noor,Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Elmi Yusof; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Azmi Lateh.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripudin Kasim, Ketua Pengarah (KP) Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Mohd Akhir Md Jiwa; KP Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajaruddin; KP Jabatan Meteorologi, Che Gayah Ismail; Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Talaat; Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Mansor Lat; Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad UUM, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya Abdul Wahab Mohamed, juruiring kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaafar; Laksamana Pertama Datuk Mohd Reza Mohd Sany (Juruiring Laut).

Brig Jen Datuk Zaharin Ahmad (Juruiring Udara), SAC Datuk Mastor Mohd Ariff (juruiring), Ketua Pengarah Pembangunan Markas Tentera Darat Brig Jen Yahya Ibrahim; Timbalan Presiden Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan Diraja Malaysia Brig Jen (B) Abdul Majid Daudsha; Panglima Markas 3 Briged Kem Penrissen Kuching, Brig Jen Mohd Nazir Mami; Pengarah Keselamatan dan Risik Balas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Direktorat Keselamatan dan Risik Balas, Kementerian Pertahanan, Brig Jen Ismail Abetah; Ketua Staf Markas Kejuruteraan Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Muhd Sakaff A. Manaf, Komander Pengkalan (BC) Pertahanan Udara, Gong Kedak, Terengganu, Brig Jen Datuk Mohd Fauzi Ahmad; Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan Markas Operasi Udara, Kementah, Brig Jen Datuk Azizon Ariffin; Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buluh, Brig Jen Prof Madya Thantawi Jauhari Ahmad.

Ketua Staf Pasukan Gerakan Khas ESSCOM, Lahad Datu, SAC Mohammad Nasir Ramli, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah SAC Noor Azam Jamaludin; Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) Datuk Wan Abdul Rahman Abdullah; Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mazlin Mokhtar; Pakar Perunding Kanan ORL, Hospital UKM, Kuala Lumpur, Prof Dr Abdullah Sani Mohamed, Pengerusi parti Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai; Ketua Jabatan dan Pakar Perunding O&G Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Dr Mohd Rushdan Md Noor; Pakar Perunding Kanan Psikiatri HSB, Dr Ahmad Rasidi M. Saring; Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Negeri Kedah, Kapt (B) Yusof Yaacob, Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn Bhd, Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");