Berita Hari Ini

Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Lapan Bakal Duta Besar Malaysia

muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menerima kunjungan hormat lapan bakal duta besar Malaysia ke luar negara di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, di sini.

Mereka ialah Datuk Ahmad Rasidi Hazizi yang akan bertugas di United Kingdom; Sharrina Abdullah (Senegal); Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor (Switzerland); Amran Mohamed Zin (Turki); Datuk Hidayat Abdul Hamid (Kazakhstan); Lim Juay Jin (Nigeria); Nadzirah Osman (Republik Czech) dan Kennedy Jawan (Sepanyol).

Dalam pertemuan 30 minit itu, Muhyiddin menyampaikan amanat dan mengadakan perbincangan dengan bakal-bakal duta besar negara sebelum mereka memulakan tugas.

Sebelum pelantikan baharu itu, Ahmad Rasidi ialah Duta Besar Malaysia di Kazakhstan, Sharrina (Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar) manakala Mohd Zulkephli (Duta Besar Malaysia di Turkmenistan) dan Amran (Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Kementerian Luar).

Hidayat pula ialah Timbalan Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Kementerian Luar, Lim (Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Kementerian Luar), manakalan Nadzirah (Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Luar) dan Jawan (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Afrika Selatan).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");