Jenayah

Nampak kebakaran, tak sangka rumah sendiri

kebakaran 2

KAMPUNG GAJAH – “Saya nampak asap dan api dari rumah berhampiran ketika niaga nasi lemak, tetapi tidak sangka api itu dari rumah saya,” demikian kata mangsa kebakaran Nasibah Alifiah, 43, ketika menceritakan kembali detik rumahnya terbakar awal pagi Ahad lalu.

Nasibah berkata, pada hari kejadian, dia dan tiga anaknya keluar dari rumah jam 6.30 pagi untuk berniaga nasi lemak di pasar Ahad Felcra Changkat Lada.

“Saya niaga nasi lemak sebagai kerja sampingan, selain menjadi guru Kafa di sebuah sekolah agama di sini.

“Jarak tempat berniaga dengan rumah saya tidak jauh tetapi rumah terlindung dengan rumah lain,” katanya yang tinggal di Fasa Tiga, Felcra Changkat Lada.

Nasibah berkata, kira-kira jam 7.30 pagi jiran menghubunginya memberitahu rumah terbakar.

“Saya bergegas pulang namun setibanya di tempat kejadian rumah sudah hampir hangus terbakar dan tidak dapat menyelamatkan barang,” katanya.

Katanya, sebelum meninggalkan rumah dia sudah mematikan semua peralatan memasak termasuk suis lampu.

“Saya hanya membuka suis lampu di hadapan rumah kerana waktu itu masih gelap. Kini saya terpaksa menumpang di rumah ibu yang juga terletak di Fasa Tiga Changkat Lada.

“Walaupun sedih rumah musnah, namun saya bersyukur kerana tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana anak-anak ikut niaga,” katanya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga Nasibah, Lujnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas (DMP) Perak dan Pas kawasan Pasir Salak menyumbangkan kelengkapan sekolah untuk anak-anak Nasibah.

Dalam masa sama Ketua DMP Perak, Dr Najihahtusaleha Ahmad turut meluangkan masa membeli keperluan sekolah dan melihat sendiri keadaan rumah mangsa.

Najihahtusaleha berkata, mereka prihatin dengan nasib keluarga itu yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

“Pihak kami membeli barang keperluan sekolah untuk anak Nasibah. Selain itu, kami juga mengumpul pakaian terpakai untuk diserahkan kepada keluarga ini,” katanya.

Katanya, DMP turut mengumpul dana untuk membantu keluarga berkenaan mendapatkan peralatan dapur dan barangan makanan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");