Membawang Hari Ini

Nurul Kongsi Wajah Comel Zachary Depp

NURUL

Selepas hampir tiga bulan melahirkan anak keduanya yang dipanggil Baby Z, penyanyi Nurul Wahab akhirnya mendedahkan wajah dan nama sebenar anak kesayangannya itu.

Nurul dan suami, Eric telah sepakat memilih nama Zachary Depp untuk puteranya dan menerusi blognya, Nurul juga berkongsi cerita di sebalik pemilihan nama tersebut.

“Adalah sorang mamat ni. Senior aku. Bukan main putih dan handsome orangnya. Pendiam tapi rock! Aku suka melihatnya. Crush aku masa tu lah… Hehehe.. (Jangan bagitahu Eric okay.. Dia tak tahu! Hahhaha) Jadi, masa tu terus suka dengan nama Zachary. Tak sangka pula boleh ingat nama tu masa aku mengandungkan Baby Z. Aku simpan niat nak namakan anak kedua aku ni dengan nama tu andainya lelaki. Sekali, memang dah rezeki aku nak dapat baby boy.”

Dalam pada itu, Nurul juga menjelaskan anaknya yang kini sudah mula pandai mengiring lebih mewarisi wajah ayahnya walaupun di awal kelahiran lebih mengikut darahnya.

Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada Nurul sekeluarga. Semoga Baby Z akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

– MEDIA HIBURAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");