Perak Hari Ini

1,135 Pekerja Asing Diperiksa Dalam Operasi Bersepadu Di Sekitar Manjung

PERAKTODAY8

Kira-kira 1,135 pekerja asing diperiksa dalam satu operasi bersepadu di empat lokasi sekitar Daerah Manjung, awal pagi tadi bagi mengesan pendatang tanpa izin (PATI) yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Seramai 251 pegawai dan anggota yang mewakili Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) menyertai ops bersepadu itu yang berakhir kira-kira jam 3.30 pagi.

Ketua Bahagian Penguatkusa Imigeresen negeri, Wan Mahmud Wan Hassan, berkata 86 anggota dari jabatan tersebut turut terlibat dalam operasi itu yang bertujuan mengesan PATI yang memasuki negara ini tanpa permit kerja sah.

Katanya, lokasi C iaitu syarikat Vale, di Lumut antara yang diperiksa bagi mengenalpasti pendatang yang tinggal dan bekerja secara sah atau sebaliknya.

“Operasi bersepadu ini bertujuan untuk memastikan kesemua pekerja asing yang memasuki negara ini mempunyai permit kerja yang sah.

“Empat lokasi yang ditandakan sebagai lokasi A,B,C dan D yang terletak di sekitar Manjung telah diperiksa dalam operasi yang turut dilancarkan secara serentak di seluruh negara,” katanya lagi.

Jelasnya, hasil pemeriksaan di lokasi penginapan, seramai 570 orang pekerja asing diperiksa dengan kebanyakannya terdiri daripada warga Nepal dan India.

Jelas Wan Mahmud lagi, PATI yang didapati tidak mempunyai permit pekerjaan yang sah akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Langkap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");