Perak Hari Ini

Ops 6P Bersepadu Di Perak: 88 PATI Ditahan

PERAKTODAY4

Tiga wanita Myanmar antara 88 orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops 6P Bersepadu yang dijalankan di empat lokasi berasingan di sekitar Lumut dan Manjung, awal pagi tadi.

Menurut Ketua  Bahagian  Penguatkuasa  Imigresen  Negeri,  Wan  Mahmud  Zuhdi  Wan  Hassan, dalam  operasi kali ini, seramai  1,135 orang  PATI yang terdiri daripada  warganegara  Filipina, Indonesia,  Bangladesh,  India,  Vietnam dan Pakistan yang berusia lingkungan antara 20 hingga 45 tahun telah diperiksa.

Jelasnya, bagi lokasi di BMSJV Labour Camp dekat Teluk Rubiah sahaja, seramai 11 orang PATI berjaya ditahan.

“Di sebuah tapak pembinaan di Manjung pula, seramai 54 orang PATI ditahan, diikuti 22 orang lagi ditahan di Shineversendai Eng, dekat Teluk Rubiah manakala hanya seorang  ditahan di GM 2354, Teluk Rubiah.

“Kesemua mereka ini ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki pasport, tidak mempunyai permit kerja atau  permit kerja telah tamat tempoh,” jelasnya.

Sementara itu juga, di lokasi B pula, iaitu di tapak pembinaan dekat Manjung, seramai 367 pekerja telah diperiksa dan 54 orang daripadanya diberkas iaitu lapan warga asing dari India, Pakistan (11), Bangladesh (13), Nepal (16) dan Myanmar (3).

Manakala di lokasi C iaitu di Syarikat Vale Manjung, seramai 547 pekerja asing telah diperiksa dan seramai 22 orang PATI telah diberkas iaitu tiga warga Pakistan, India (12) dan Bangladesh (6).

Katanya lagi, kesemua mereka dibawa ke Jabatan Imigresen Perak untuk tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");