Sukan Hari Ini

Pafa sokong rombak FAM

FAM J

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa), menyatakan sokongan terhadap gesaan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang menuntut agar badan induk bola sepak negara itu dirombak besar-besaran.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihaknya menyokong penuh gesaan berkenaan dalam usaha demi mengembalikan maruah dan kecemerlangan bola sepak negara.

Katanya, sudah tiba masanya rombakan besar-besaran dibuat bagi membentuk semula struktur anggota pentadbiran sempena kongres pemilihan FAM kelak.

“Kita setuju dan sokong penuh kenyataan beliau, khususnya agar FAM diterajui oleh golongan berada atau golongan yang terlibat secara langsung dalam sukan bola sepak.

“Liga bola sepak kita yang dikatakan telah memasuki era profesional, tetapi sebenarnya masih banyak perkara yang belum mencapai tahap profesional itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, FAM juga dilihat tidak mempedulikan nasib atau masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli gabungannya.

Malah katanya, jika perkara berkenaan disuarakan pun, mereka (FAM), hanya menganggapnya masalah kecil.

“Sebab itulah kita lihat pada hari ini ada pemimpin politik yang memimpin badan-badan gabungan ini bagi memudahkan proses pembentukan pasukan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");