Jenayah

Pati dipenjara, disebat

pati dipenjara

SUNGAI PETANI – Tiga pendatang asing tanpa izin (Pati) dihukum penjara empat bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret 2 Sungai Petani semalam atas kesalahan memasuki negara tanpa dokumen yang sah.

Tertuduh, Martinus Seran, 23, dan Ronal Nahak, 22, bekerja di kilang kayu manakala Gu Fantus Bau, 23, bekerja di kebun sayur didapati tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini.

Ketiga-tiga tertuduh yang berasal dari Indonesia itu didapati berada di kawasan Taman Patani Jaya, Sungai Petani, Kedah pada 25 Disember tahun lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Akibat tindakan itu, mereka didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan akan dirotan tidak lebih dari enam sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh bertujuan memberi pengajaran terhadap mereka.

Ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan, ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham dan mengaku salah terhadap pertuduhan.

Intan Nurul Farena bagaimanapun menjatuhkan hukuman empat bulan penjara dan satu sebatan serta dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi penghantaran semula mereka ke negara asal.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");