Perak Hari Ini

Penduduk Kampung Lata Lega, Longkang Susur Masuk Kampung Akan Diperbaiki

PERAK TODAY 8

Projek menaiktaraf longkang di sepanjang susur masuk ke Kampung Lata, dekat di Tambun yang dijangka siap pada pertengahan Mac depan pastinya berita gembira yang dinanti-nantikan penduduk kampung tersebut.

Hari ini, bantuan fasa terakhir projek tersebut yang membabitkan peruntukan berjumlah RM50,000 disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah yang mewakili Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurut Ketua Kampung Tambun, Zakaria Muhammad, 83, longkang sepanjang 200 meter berjaya dinaiktaraf dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan pada tahun lalu.PERAK TODAY 4

“Dengan bantuan ini pula, kita akan laksana projek penambahbaikan longkang hingga ke penghujung jalan iaitu sepanjang 300 meter,” katanya.

Zakaria yang kelihatan cukup gembira turut merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan yang diperoleh.

“Setelah longkang siap diperbaiki, kita akan teruskan dengan pemasangan lampu jalan dan penurapan jalan raya pula,” katanya.

Manakala menurut S Subramaniam pula, bantuan kali ini pastinya dapat membantu penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut bagi menguruskan aktiviti seharian mereka.PERAK TODAY 1

“Saya berasa cukup senang hati dengan bantuan ini dan saya juga harap masalah banjir akibat saliran longkang yang kurang memuaskan dapat diatasi selepas ini,” jelasnya.

Subramaniam turut berharap supaya keadaan jalan yang sempit di kawasan tersebut dapat dilebarkan untuk memudahkan perjalanan keluar masuk kenderaan penduduk kampung dan peniaga limau bali.

Sementara itu, menurut Chow Sun, 79, bantuan yang diberikan cukup menggembirakan penduduk termasuklah dirinya sendiri.PERAK TODAY 2

“Saya berasa sangat gembira dan apabila longkang sudah siap dibaiki, ia dapat memudahkan peniaga limau bali menggunakan jalan ini nanti,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");