Perak Hari Ini

Pengguna Lega, Lubang Di Persimpangan Jalan Medan Ipoh 2 Ditampal Semula

jalan crop

Pengguna lalu-lintas kini boleh menarik nafas lega apabila jalan berlubang di persimpangan Jalan Medan Ipoh 2, dekat Ipoh ditampal semula oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dipercayai beberapa hari yang lalu.

Tindakan pantas pihak berkuasa tempatan itu kena dan tepat pada masanya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap pengguna lalu-lintas di situ.

Tinjauan Peraktoday.com.my di lokasi kejadian mendapati lubang besar sedalam kira-kira 1 meter itu sudah ditampal semula dengan tar yang baru.

Menurut salah seorang pengunjung restoran berhampiran, pengguna lalu-lintas kini boleh menggunakan jalan tersebut dengan selamat selepas lubang besar yang terbentuk ditampal semula oleh pihak berwajib.

“Saya harap agar tindakan sama juga diambil oleh pihak berkenaan terhadap aduan berkaitan jalan berlubang dan tidak rata di sekitar Ipoh,” tegasnya lagi.

Pada 18 Januari lalu, Peraktoday.com.my melaporkan masalah jalan berlubang di persimpangan Jalan Medan Ipoh 2, dekat Ipoh yang berlarutan sejak dua minggu yang lalu.

Keadaan lubang yang pada mulanya hanya merekah sedikit kini semakin besar dan sedalam kira-kira 1 meter.

Pemandangan tambah tidak menarik apabila lubang besar yang terbiar itu menjadi sasaran sindiket Ah Long mempamerkan iklan haram mereka di situ.

Seorang penduduk, Maimunah Zannudin, 28, kewujudan lubang itu dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan raya kerana jalan itu merupakan jalan alternatif untuk ke pusat beli-belah Tesco.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu segera membaiki jalan ini kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna lalu-lintas terutamanya di waktu malam,” katanya kepada Peraktoday.com.my.

Manakala menurut Abdul Kadir Abdul Aziz, aduan yang dikemukakan kepada pihak berwajib tidak membuahkan sebarang hasil dan dari hari ke hari, masalah itu bertambah semakin serius.

“Hal ini melibatkan nyawa orang ramai dan jika tidak dibendung segera, ia dikhuatiri akan meragut nyawa,” katanya kesal.

Jelasnya lagi, rakyat telah membayar cukai yang telah ditetapkan tetapi kemudahan yang disediakan masih berada pada tahap yang belum memuaskan hati pembayar cukai.

“Pihak berwajib perlu cekap dalam mengambil tindakan dan lubang itu tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja apatah lagi di musim hujan sejak kebelakangan ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");