Perak Hari Ini

Penjenayah Berbahaya Ditembak Mati Di Teluk Intan

crime

Polis Perak berjaya menembak mati seorang penjenayah berbahaya dalam satu kejadian berbalas tembakan di Kampung Banjar, dekat Teluk Intan, petang semalam.

Kejayaan itu diumumkan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada sidang media di Taiping, hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu, suspek yang berbangsa India menaiki kereta Myvi dikesan kereta peronda polis berada dalam keadaan yang mencurigakan.

“Pasukan Cantas cuba menahan kereta tesebut tetapi pemandunya enggan berhenti sebaliknya memecut ke arah taman perumahan sebelum terbabas di Lorong Berlian, Taman Koperasi.

“Suspek kemudiannya bertindak keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah pasukan Cantas,” katanya lagi.

Beliau berkata, akibat insiden berbalas tembakan itu, suspek maut serta-merta di tempat kejadian.

“Polis turut menemui sepucuk pistol model Norinco selain bungkusan dadah disyaki ganja. Suspek yang berusia 31 tahun itu mempunyai enam rekod kesalahan lampau iaitu dua kes dadah, samun (3 kes) dan curi (1 kes).

“Lelaki ini juga turut dikehendaki untuk siasatan dalam tiga kes samun, bunuh (1 kes) dan kes curi kenderaan lain (1 kes),” katanya.

Acryl Sani berkata, si mati juga terlibat dalam satu kejadian samun ke atas keluarga Melayu di Kampar pada 14 Januari lalu, kira-kira jam 8.30 malam.

“Dalam kejadian tersebut, tiga lelaki India telah melepaskan tembakan ke arah mangsa dan anaknya yang berusia 13 tahun ketika melakukan cubaan samun ke atas sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Mereka kemudiannya melarikan diri dengan kereta Proton Perdana selepas cubaan samun itu gagal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");