Perak Hari Ini

Pekerja Kuari Jumpa Sebutir Bom Lama Dekat Gunung Cheroh

PERAKTODAY4

Seorang pekerja kuari pasir menemui sebutir bom dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua di tepi Sungai Kinta, berdekatan Gunung Cheroh, kira-kira jam 1 petang tadi.

Difahamkan, fius bom terbabit sudah tercabut sebelum ditemui oleh pekerja terbabit.

Kerja memusnahkan bom tersebut dijangka akan dilakukan Unit Pemusnah Bom dari IPK Perak dengan teknik menggali lubang sebelum ia diletupkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Supritendan Sum Chang Keong, berkata bom lama itu dikenali sebagai ‘Artillery Shell’ dan berukuran 56 sentimeter panjang dan 49 sentimeter lebar.

Tegasnya,, bom itu juga sudah berkarat dan tidak lagi memiliki fius.

Bom itu kemudiannya dimusnahkan Unit Pemusnah Bom pada jam 4.20 petang tadi, jelasnya lagi.

PERAKTODAY7

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");