Berita Hari Ini

Peserta Filipina Dimahkota ‘Miss Tourism International 2013’

nazri

PUTRAJAYA- Angeli Dioni Gomez dari Filipina menewaskan 59 peserta lain dari seluruh dunia untuk dimahkotakan sebagai ‘Miss Tourism International 2013’ di ambang tahun baru di sini Selasa malam.

Mahkota itu disampaikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Gomez, 20, menerima biasiswa penuh bernilai RM77,800 oleh Asia Metropolitan University, wang tunai RM10,000, satu set barang kemas dan hadiah-hadiah lain daripada penaja.

Peserta Malaysia, Thaarah Ganesan, 18, menduduki tempat kelima dan menerima biasiswa penuh bernilai RM 77,800 oleh universiti yang sama, wang tunai RM2,000, set barang kemas dan hadiah-hadiah lain dari penaja.

Pertandingan itu bertujuan mempromosi pelancongan negara tuan rumah, serentak itu memupuk keamanan, muhibah dan persahabatan dalam kalangan negara-negara peserta.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");