Jenayah

Polis cari saksi kes kemalangan maut

polis cri saksi

SUBANG JAYA – Polis mencari saksi kes kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 34.6 Lebuhraya Kesas dari arah Subang ke Shah Alam, pagi Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, seorang pejalan kaki dirempuh sebuah kereta dan disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Subang Jaya berkata, mangsa dipercayai melintas laluan lebuh raya berkenaan sebelum dilanggar di laluan kanan.

Kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan kepala.

Katanya, identiti mangsa yang hanya memakai jersi berwarna kuning, berseluar pendek hitam dan berkaki ayam gagal dikenal pasti berikutan tidak mempunyai sebarang butir pengenalan diri.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan masih belum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Saksi kemalangan dan waris mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid ditalian 0356319809 untuk membantu siasatan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");