Jenayah

Polis Cari waris Mangsa Maut Nahas

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.pF4TpreKtu

Kuala Pilah: Seorang penunggang motosikal terbunuh dalam kemalangan di Kilometer (KM) 27.5, Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Kampung Ibol, Terachi, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa Muhamad Nurmuttakin Malek, 24, yang berasal dari Batu Caves, Selangor mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kepala dan tengkuk sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber polis berkata, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC dikatakan dari rumahnya di Batu Caves.

Katanya, mangsa terlanggar sebuah motosikal Honda EX5 dari arah belakang dinaiki dua lelaki yang mahu membelok ke kanan menyebabkannya tercampak sejauh lima meter di jalan bertentangan.
“Ketika itu sebuah kereta dari bandar Kuala Pilah terus menggilis mangsa dan melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, penunggang motosikal Honda EX5 hanya cedera ringan manakala rakannya, Mohd Ashrul Fikri, 17, patah kaki kanan sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk dibedah siasat.

“Siasatan mendapati sebelum kemalangan penunggang motosikal Honda terbabit memberi isyarat belok ke kanan jalan untuk ke kedai runcit sebelum berlaku perlanggaran,” katanya.

Ketua Polis Daerah Superintendan Azmi Abdul Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan meminta waris mangsa tampil ke HTAN menuntut jenazah.

Katanya, berdasarkan alamat tertera pada kad pengenalan mangsa, pihaknya bergegas ke rumah itu dua kali bagi memaklumkan kejadian, namun pintu rumah berkunci.

Menurutnya, waris dan saksi kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842224 untuk kerjasama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

 

 

-HARIAN METRO-

www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Poliscariwarismangsamautnahas/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");